Saturday, 2 March 2013

pelaksanaan hukuman hudud di acheh




DEFINISI

Hudud itu lafaz jama’ mufradnya “haddun” yang bererti tegahan atau larangan. Dinamakan seksaan (عقوبة) ini hudud. Hal ini kerana, ia menegahkan dari melakukan punca-punca dan sebab-sebabnya. Maka, hudud Allah S.W.T. ialah tegahan dan larangannya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

تِلكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقرَبُوهَا
Ertinya : “Itu adalah batasan, tegahan dan larangan Allah S.W.T..  Oleh itu,maka janganlah  kamu menghampirinya."
                                                                                                                                                                  (Surah al-Baqarah : 187)

Hudud itu bererti hukuman, iaitu perkara yang dihadkan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T.. Maka, tidak harus manusia melanggarnya. Hukuman itu dinamakan hudud kerana menghalangkan dari melakukan kesalahan itu.
Hudud dari segi istilah syarak pula menurut jumhur fuqaha (selain dari hanafiah) ialah hukuman yang ditetapkan oleh syarak yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. dan hak manusia.:
Pengharaman zina ini adalah didasarkan kepada dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah. Antara dalil-dalilnya adalah sebagaimana berikut:
a.       Firman Allah S.W.T.:


وَلاَتَقرَبُوا الزَّنا إِنَّهُ, كَانَ فَاحِشَةً وَسآءَ سَبِيلاً 

Ertinya : “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
(Surah al-Isra :32)

a.       Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata :


أَتَى رَجُلٌ رَسُولَ الله صّل الله عليه وسلم وهو فِي المَسجِدِ فَنَادَاهُ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي زَنَيتُ, فَأَعرَضَ عَنهُ حَتَّى رَدَّ إِلَيهِ أَرْبَعَ مَرَّاتٍ, فَلَمَّا شَهِدَ عَلَى نَفْسِهِ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ دَعَاهُ النَّبِىُّ صّلى الله عليه وسلم فَقَالَ : أبِكَ جُنُونٌ؟ قَالَ : لاَ, قَالَ : فَهَلْ أَحْصَنْتَ؟, قَالَ : نَعَمْ, فَقَالَ النَّبِىُّ صّلى الله عليه مسلم : اِذهَبُوا بِهِ فَارْجَمُوهُ.

Ertinya : “Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. semasa baginda sedang berada dalam masjid, serta dia memanggilnya, wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah berzina, baginda berpaling ke lain sehingga dia ulangkan sebanyak empat kali, kemudian selepas dia menyaksikan empat kali lalu baginda memanggil lelaki itu, dan bertanya adakah engkau gila, lelaki itu menjawab tidak, terus baginda bertanya lagi : adakah engkau muhsan (pernah melakukan persetubuhan dengan isteri yang halal), lelaki itu menjawab ya, kemudian baginda bersabda : bawa pergilah lelaki ini dan hendaklah kamu rejamkannya.”



                                                                                  (Hadis riwayat al-Bukhari)
 

Cara Mensabitkan Jenayah Zina

Jenayah zina perlu disabitkan terlebih dahulu keatas pelakunya. Perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang hanya disabitkan menerusi salah satu diantara cara-cara berikut iaitu kenyataan saksi, pengakuan penjenayah dan bukti.
 


Kenyataan saksi
 Kenyataan ini perlu dinyatakan oleh empat orang saksi lelaki yang sempurna syarat-syaratnya. Kenyataan empat orang saksi lelaki ini adalah khusus dalam jenayah zina sahaja. Kedudukan ini telah diterima oleh semua ulamak, kerana firman Allah s.w.t.:
 
وَالتِى يَأتِينَ الفَاحِشَةَ مِن نِّسآئِكُم فَاستَشهِدُوا عَلَيهِنَّ أَربَعَةً مِّنكُم فَإِن شَهِدُوا فَأَمسِكُوهُنَّ فِي البُيُوتِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُنَّ المَوتُ أَو يَجعَلَ للهُ لَهُنَّ سَبِيلاً

Ertinya : “Dan (terhadap) para wanita yang melakukan perbuatan keji (zina) hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikan), kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka dalam rumah sampai menemui ajalnya atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya.”
             (Surah an-Nisa :15)



Syarat-Syarat Saksi

Syarat-syarat yang diperlukan ada pada saksi itu ialah Islam, orang kafir tidak layak menjadi saksi walaupun dia itu kafir zimmi. Baligh, kanak-kanak tidak layak untuk menjadi saksi. Berakal, tidak layak menjadi saksi oleh orang gila. Hendaklah seorang yang adil, orang yang fasik tidak layak menjadi saksi.
Hendaklah seorang yang boleh melihat, tidak boleh  diterima sebagai kenyataan saksi jika melalui penyaksian orang lain tanpa dilihatnya sendiri oleh saksi berkenaan. Begitu juga tidak boleh diterima surat kadi kepada kadi, kerana itu semua mungkin ada kesamaran untuk menjatuhkan kesalahan jenayah dan hudud. Hendaklah seorang yang boleh bercakap, orang bisu tidak layak menjadi saksi.


Tiada halangan untuk menerima kesaksian, mereka yang mempunyai halangan-halangan seperti disebabkan kekeluargaan, permusuhan dan tomahan (prasangka) tidak layak menjad saksi. Mestilah disaksikan oleh empat orang saksi, ini adalah kerana firman Allah s.w.t. :

وَالتِى يَأتِينَ الفَاحِشَةَ مِن نِّسآئِكُم فَاستَشهِدُوا عَلَيهِنَّ أَربَعَةً مِّنكُم

Ertinya : Dan (terhadap) para wanita yang melakukan perbuatan keji (zina) hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikan).
                                                                                    
 (Surah an-Nisa :15)

Saksi-saksi itu hendaklah orang lelaki, tidak layak orang-orang perempuan menjadi saksi dalam jenayah zina ini. Tidak terlambat memberi kesaksian, maka jika terlambat tanpa apa-apa sebab keuzuran yang nyata penyaksian itu tidak boleh diterima lagi. Maka, apabila berlaku terlambat disebabkan keuzuran yang jelas seperti tiada hakim ditempat itu ataupun tempatnya jauh ataupun berasa dalam ketakutan pertengahan jalan. Jadi, kelambatan itu tidak menghalang dari penerimaan penyaksian itu. Kadi berpuashati dengan kesaksian para saksi, apabila berlaku perselisihan antara saksi itu. Oleh itu, kadi terpaksa menolak penyaksian itu.
Kemungkinan berlaku zina, orang yang disaksikan atau orang yang dianggap bersalah kerana melakukan zina itu hendaklah seorang yang boleh melakukan persetubuhan. Mampu menolak dakwaan, seseorang yang disaksikan sebagai bersalah melakukan zina hendaklah mampu menolak tuduhan itu, akan tetapi jika dia seorang bisu. Maka kesaksian para saksi tidak dapat diterima. Kekal kelayakan para saksi sehingga hukuman had dilaksanakan. Hendaklah saksi itu merdeka, hamba tidak layak menjadi saksi.

Pengakuan penjenayah

Jenayah zina juga dapat disabitkan menerusi pengakuan penzina itu sendiri, samada lelaki atau perempuan dihadapan ketua negara atau kadi. mereka akan dikenakan hukuman had zina dengan tertakluk kepada beberapa syarat penting.
Antara syarat-syarat itu ialah baligh, tidak sah pengakuan kanak-kanak tentang sesuatu hudud. Berakal, tidak sah pengakuan orang gila. Hendaklah seorang yang mampu bercakap, boleh membuat pengakuan dengan ucapannya sendiri, tidak boleh dengan penulisan ataupun dengan isyarat. Hendaklah dengan pilihan sendiri, tidak boleh diterima pengakuan orang yang dipaksa. Berulang kali membuat pengakuan, iaitu dengan membuat pengakuan sendiri oleh orang yang melakukan zina itu sebanyak empat kali bagi mensabitkan hukuman had zina ini. Ini adalah pendapat imam hanafi dan imam hanbali. Manakala, imam syafie pula berpendapat : memadai tentang wajib had itu dengan sekali sahaja membuat pengakuan.
Pengakuan hendaklah dilakukan dihadapan ketua negara atau kadi, maka sekiranya pengakuan itu tidak dilakukan dihadapan ketua negara tidak boleh diterima. Pengakuan iu hendaklah dibuat dalam keadaan sedar, jika seorang itu membuat pengakuan tentang zina dalam keadaan mabuk, tidak sah pengakuan itu.

Bukti

Bukti ialah setiap tanda yang jelas terhadap suatu yang tersembunyi, maka ia bolah menjadi bukti terhadapnya. Oleh itu, bukti itu mestilah didapati sesuatu perkara yang nyata dan jelas yang makruf yang sah sebagai asas untuk berpegang dengannya. Bukti itu juga mestilah didapati ada hubungan yang memberi kesan antara perkara yang nyata dengan perkara yang tersembunyi. 
Bagi mensabitkan zina dengan bukti ini terdapat perselisihan ulama padanya iaitu jumhur ulamak (selain dari imam maliki) berpendapat, bahawa jenayah zina tidak boleh disabitkan dengan penghamilan seseorang perempuan, kerana kemungkinan ada berlaku dengan persetubuhan syubhah atau dimasukkan air mani lelaki kedalam farajnya tanpa menerusi persetubuhan ataupun dengan persetubuhan perbuatan orang lain. Hal ini kerana ia membawa kepada perkara syubhah untuk mensabitkan had dengan perkara-perkara  tersebut tidak boleh.
Menurut imam maliki dan ibnu qayyum alhanabilah pula berpendapat, penghamilan pada diri seseorang yang tidak berkahwin boleh mewajibkan hukuman had zina tanpa memerlukan kepada pengakuan lagi.sekiranya dakwaan yang mengatakan “dia dipaksa melakukan persetubuhan” atau “berlaku persetubuhan secara syubhah” tidak memadai untuk menolak hukuman had zina, malah dia dikehendaki membawa bukti yang boleh mempertahankan kebenaran dakwaan itu.

Hukuman zina
Orang yang melakukan perbuatan zina itu adakalanya yang belum berkahwin (ghair muhsan) dan adakalanya yang sudah berkahwin (muhsan) . Oleh itu, akan diterangkan mengenainya.
Hukuman bagi penzina yang belum berkahwin (ghair muhsan) ialah sebat. Ini kerana firman Allah s.w.t.

الزَّانِيَةُ وَ الزَّانِى فَاجلِدُواْ كُلَّ وَاحِدٍ مِّنهُمَا مِاْئَةَ جَلدَةٍ وَلاَتَأخُذكُم بِهِمَا رَأفَةٌ فِى دِينِ الله إِن كُنتُم تُؤمِنُونَ بِاللهِ وَ اليَومِ الأَخِرِ وَليَشهَد عَذَابَهُمَا طآئِفَةٌ مِّنَ المُؤمِنِينَ

Ertinya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka pukullah (deralah) setiap seorang dari keduanya itu seratus kali pukul (dera), dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (manjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
         (Surah An-Nur :2)

Manakala, hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin (muhsan) ialah rejam dengan batu. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh saidina aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w.

لاَ يَحِلُّ قَتلُ مُسلِمٍ إِلاَّ بِإِحدَى ثَلاَثَ خِصَالٍ : زَانٍ مُحْصَنٍ فَيُرجَمُ, وَرَجُلٌ يقتُلُ مُسلِمًا مُتَعَمِّدًا فَيُقتَلُ, وَرَجُلٌ يَخرُجُ مِنَ الإسلام فَيُحَارِبُ الله وَرَسُولَهُ فَيُقتَلُ أَو يُصلَبُ أَو يُنقَى مِنَ الأَرضِ.


Ertinya : tidak halal bunuh orang islam melainkan didapati (melakukan) salah satu dari tiga perkara : yang muhsan melakukan zina hendaklah direjam (dengan batu), lelaki yang membunuh seorang muslim secara sengaja hendaklah dibunuh, dan lelaki yang keluar islam (murtad) kemudian memerangi Allah dan rasulnya maka hendak dibunuh atau disula atau dibuang daerah
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasai’e)

 

Menuduh zina (qazaf)

Menuduh zina (qazaf) bererti melempar tuduhan terhadap seseorang dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Menuduh zina (qazaf) menurut istilah fuqaha pula ialah perbuatan menuduh melakukan persetubuhan haram pada qubul atau dubur atau menafikan nasab (keturunan) sebelah bapa atau mempersendakan dengan perkara demikian. 

Dalil pengharaman menuduh zina (qazaf)

Perbuatan menuduh seseorang melakukan zina adalah dilarang oleh Allah s.w.t. dan berdosa besar. Ini didasarkan kepada dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah. Antara dalil-dalil itu ialah sebagaimana berikut :
 
إِنَّ الَّذينَ يَرمُونَ المُحصَنَاتِ الغَافِلاَتِ لُعِنُوا فِي الدُّنيَا وَ الأَخِرَةِ وَلَهُم عَذَابٌ عَظِيمٌ 

Ertinya : sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang muhsan (yang baik-baik) yang lali (tidak pernah sekali-sekali juga teringat oleh mereka akan melakukan perbuatan zina itu) lagi beriman, mereka kena laknat didunia dan diakhirat dan bagi mereka azab yang besar.
                                                                                                           (Surah an-nur : 23)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin umar bin rubaiah r.a. berkata :

لَقَدْ أَذْرَكْتُ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَ عُثْمَانَ وَمَنْ بَعدَهُم فلَمْ أَرهُمْ يَضْرِبُونَ المَمْلُوكَ فِي القَذَفِ إِلاَّ أَربَعِينَ

Ertinya : sesungguhnya aku tidak dapati abu bakar, umar, usman dan mereka selepas itu maka aku tidak melihat mereka memukul hamba kerana qazaf kecuali empat puluh kali.
                                                                         (Riwayat Malik dan As-Sauri)
 

Hukuman qazaf

      Hukuman sebat yang ditentukan ialah sebanyak lapan puluh kali sebatan tanpa mengambil kira samada lelaki dan perempuan yang menjadi penuduh itu. Ia tidak boleh ditambah atau dikurangkan. Pihak berkuasa tidak mempunyai hak pengampunan menurut pendapat imam hanafi, kerana had qazaf ini adalah hak Allah. Manakala,  mangsa tuduhan menurut pendapat syafie dan hanbali berhak memberi keampunan keatasnya kerana had qazaf ini pada pandangan mereka adalah hak manusia.


Minum arak



Merupakan minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal samada yang diperbuat dari buah anggur ataupun selainya (yang boleh membawa mabuk dengan kadar yang sedikit ataupun banyak)


Dalil pengharaman arak

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَقرَبُوا الصَّلاَةَ وَ أَنتُم سُكَارى حَتَّى تَعلَمُوا مَا تَقُولُونَ

Ertinya : wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghampiri sembahyang pada hal kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.


 (Surah an-Nisa : 45)


SABIT HAD PEMINUM ARAK
     
    Jumhur Fuqaha bersepakat mengatakan: Tentang meminum arak dan seumpanya disabitkan had dengan disaksi oleh dua orang lelaki muslim yang adil, ataupun dengan sekali pengakuannya, dan idak diterima padanya saksi wanita bersama lelaki. Dan memadai pada pengakuan dan saki dia berkata: ‘di pelan itu telah minum arak’. Dan tidak diambil kira pengakuan dan penyaksian yang dilakukan selepas hilang bau arak dan kelewatan masa pada pendapat Abu Khanifah,Abu Yusuf, sementara pendapat Muhammad pula: diwajibkan had dengan pengakuan ataupun penyaksian yang dilakukan selepas hilang bau arak tetapi kurang dari sebulan pada penyaksian.
       Para Fuqaha berselisih pendapat tentang sabit peminum arak melalaui baunya: Berkata Al-Malikih- diwajibkan had dengan sebab bau arak apabila diciumnya oleh dua orang saksi dimulutnya ataupun muntahnya itu, dan kedua-duanya mengangkatkan kepada hakim. Ini adalah kerana ini mas’ud telah memukul seorang lelaki yang didapati bau arak dimulutnya.
       Sementara Jumhur Ulama’ pula berpendapat: Tidak wajib had keatas mereka yang didapati mulutnya berbau arak ataupun dia muntah dengan berbau arak, kerana baunya itu boleh jadi dia berkumur dengannya, atau dia sangkakan air, kemudian apabila dimaksukkan kedalam mulutnya  diluahkan keluar, atau disangka tidak memabukkan, atau diminum kerana dipaksa atau terpaksa kerana darurat demikian itu semua tidak diwajibkan had dengan sebab sangka dan keraguan, kerana had itu tidak boleh dilaksanakan dengan adanya syabahah dan kesamaran.
        Had terhadap peminum minuman yang memabukkan seperti arak dan seumpamanya tidak boleh dilakukan semasa dia sedang mabuk, tetapi hendak ditangguhkan sehingga dia betul-betul sedar- Ini adalah dengan Itfak para Fukahak kerana tujuan mencegah tidak akan tercapai jika sekiranya dilakukan semasa dalam keadaan sedang mabuk.

HUKUMAN (PEMBALASAN) MINUM MINUMAM YANG MEMABUKKAN
           
      Hukuman keatas pesalah didalam jenayah ini berdasarkan kepada sunah Rasulullah S.A.W dan amalan para sahabat r.a alaihi ajmain didalam masa pemerintahan khalifah Arsyidin tidak ada nas-nas Al-Quran yang menjelaskan 
hukuman seperti yang kita dapati didalam jenayah hudud yang lain. Begitu juga Rasulullah tidak menetakkan kadar sebenar pembalasan, baginda kadang-kadang menyebat pesalah dengan bilangan sebat yang sedikit, dan kadang-kadang pula dengan sebatan yang banyak, tetapi sebatan yang dilakukan oleh baginda tidak melebihi empat puluh kali sebatan.
     Berkata Jumhur Fuqaha: Pembalasan had keatas peminum arak dan meminum minumam yang memabukkan itu ialah lapan puluh kali sebatan, ini kerana didasarkan kepada kata-kata Saidina Ali karamullah wajhu.



(اذا ثرب سكر واذا سكر هذى؛ واذا هذى افترى ونحد المفترى ثمانون)



Maksudnya: Apabila dia minum dia mabuk, apabila dia mabuk dia bercakap tidak menentu, apabila dia bercakap tidak menentu dia berbohong(membuat fitnah), dan pembalas had orang yang berbohong, (terhadap Allah itu) lapan puluh kali sebatan.
                                                           
 (Hadis Riwayat Daruqutni, Malik dan Abdul Razak)
                         
                                          
Ucapan ini tidak diingkari oleh seorang pun dari kalangan para sahabat yang masih ada, oleh itu maka dianggap sebagai Ijmak’ Sahabat. Sementara Al –Syafie pula berpendapat: Pembalasan terhadap peminum arak dan sekalian minum yang memabukkan ialah empat puluh kali sebatan. Ini adalah kerana berdasarkan kepada dalil-dalil berikut:
Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a:

                           

(أَنَّ النَّبِىَّ (ص) ضَرَبَ فِى الْخَمْرِ بِا اْجَرِيْدِ وَجَلَّدَ أبُوْ بَكْرٍ أَرْبَعِيْنَ)

Maksudnya: Sesungguhnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W memukul peminum arak dengan pelepah tamar dan selipar, dan juga Abu Bakar memukul (peminum arak) sebanyak empat puluh kali.

                                                             (Hadis Riwayat Bukhari)




Mencuri.

     Mencuri dari segi bahasa ialah pengambilan hartabenda secara diam-diam.
Mencuri dari segi istilah pula ialah pengambilan hartabenda secara diam-diam dan zalim daripada tempat simpanan

Dalil pengharaman mencuri

   Pengharaman mencuri ini adalah berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah s.w.t. :

وَالسَّارِقُ وَ السَّارِقَةُ فَاقطَعُوا أَيدِيهُمَا جَزَاءَ بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِنَ اللهِ واللهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ* فَمَن تَابَ مِن بَعدِ ظُلمِهِ وَأَصلَحَ فَإِنَّ اللهَ يَتُوبُ عَلَيهِ إنَّ الله غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Ertinya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.* Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Maidah : 38-39)


Syarat –Syarat Wajib Had Mencuri
  Untuk dikenakan had mencuri, pencuri itu mesti mempunyai syarat-syarat berikut iaitu:
Bahawa pencuri itu hendaklah sempurna akal: Maka tidak wajib had keatas kanak-kanak sekiranya dia mencuri.


Hendaklah pencuri itu mencapai umur baligh: Maka tidak wajib memotong tangan orang gila sekiranya dia mencuri
Hendaklah dilakukan perbuatan itu dengan pilihan hatinya sendiri: Maka tidak dikenakan had keatas pencuri yang dipaksa
Hendaklah mereka yang terikat dengan hukum-hukum islam: Maka tidak wajib had sekiranyanya kafir harbi melakukan jenayah mencuri itu, kerana dia tidak terikat dengan hukum-hukum islam. Tetapi kafir mustakman dan muhadanah (kafir yang memberikan perjanjian perdamaian sementara) ada dua pula
Tidak wajib had, kerana had itu adalah hak Allah
Diwajibkan keatasnya itu had, kerana tujuan had itu untuk memelihara hak anak adam(hak manusia).
Pencuri itu bukan asalnya (iaiatu bukan bapa atau datuk). Maka tidak wajib had keatas bapa yang mencuri harta anaknya, begitu juga datok yang mencuri harta cucunya.
Hendaklah pencuri itu mengetahui tentang pengharaman mencuri: Maka jika sekiranya dia tidak mengetahui tentang hukum mencuri itu diharamkan maka tidak diwajibkan had keatasnya.

Hukum(Pembalasan) Mencuri

    
Mengikut nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis Al-Syarif sebagaimana telah pun dinyatakan, bahawa pembalasan potong tangan diwajibkan keatas pencuri, sama ada lelaki ataupun perempuan apabila sabit kesalahan. Pembalasan ini tidak harus diberi keampunan oleh mangsa curinya sendiri atau pihak pemerintah, begitu juga ia tidak harus ditukar ganti dengan pembalasan yang lain atau ditangguhkan pelaksanaannya . Ini adalah pendapat mazhab Al-Arabiah kecuali syiah Al-zidiah sahaja yang memebolehkan diberi keampunan oleh mangsa curinya, mereka juga berpendapat pihak berkuasa atas satu kepentingan umum harus mengampunkan sebahagian pencuri atau menangguhkan perlaksanaan pembalasan keatasnya.
       Para ulama’ bersepakat mengatakan: Bahawasanya apabila tangan pencuri dipotong dan barang yang dicuri masih ada, wajib dikembalikan barang itu kepada tuannya, kerana barang itu masih lagi kekal sebagai miliknya, tetapi apabila barang itu sudah rosak maka halaf ulama’ padanya: berkata khanifiah – pencuri yang telah menjalani hukuman potong tangan tidak diwajibkan lagi mengganti barang yang rosak ditangan itu atau membayar harganya, sekalipun ia rosak selepas dia menjalani hukuman
      Manakala Al-Maliki pula berpendapat: Jika sekiranya pencuri itu orang kaya ketika menjalankan hukuman potong tangan, maka wajib keatas potong tangan dan membayar ganti rugi barang yang rosak itu, tetapi jika sekiranya dia itu seorang yang miskin, wajib dikenakan hukuman potong tangan sahaja sekiranya tidak wajib membayar harga barang yang sudah rosak itu.
        Sementara Al-Syafie dan Al-hanabilah pula berpendapat: Hukuman memotong tangan diwajibkan bersama dengan membayar barang curinya yang rosak sama ada dia itu orang senang atau seumpamanya itu adalah hak manusia.
        Apabila berulang kali mencuri para ulama’ bersepakat mengatakan: wajib memotong tangan kanan pada kali pertama dan kali kiri pada curian kali kedua, dan janabilah: Tidak diwajibkan had lagi selepas kali kedua, sementara jika berlaku pula curian selepas itu maka halaf ulama’ padanya – berkata hanafiah dan hanabilah: Tidak diwajibkan had lagi selepas kali kedua – bahkan pencuri itu hendak membayar harga barang yang dicuri dan dikenakan takzir serta ditahansehingga dia bertaubat. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriyawatkan oleh Saidina Ali:


(أَنَّهُ أُتِيَ بِسَارِقٍ فَقَطَعَ يَدَهُ، ثُمَّ أُتِيَ بِهِ الشّايَنِةَ وَقَدْ سَرَقَ فَقَطَعَ رِجْلَهُ، ثُمَّ أُتِيَ بِهِ ثَالِثَةً، فَقَالَ : لاَ أَقْطَعُهُ، إِنْ قَطَعْتُ يَدَهُ فَبِأَىِّ شَىْءٍ يَأْكُلُ، بِأَىَّ شَىْءٍ يَتَمَسَّحُ، وَإِنْ قَطَعْتُ رِجْلَهُ فَبِأىَّ شَىْءٍ يَمْشِىْ إنِّىْ اَلأَسْتَحِيْ مِنَ اللّه، فَضَرَبَهُ بِخَشَبَةٍ وَحَبِسّهُ)

Maksudnya: Sesungguhnya didatangkan dengan seorang pencuri, maka dia memotong tangannya, kemudian didatangkan pula kali kedua lelaki itu dengan mencuri juga, maka dia memotong kakinya, kemudian didatangkan pula kali ketiga, lalu Ali berkata:  Aku tidak akan memotongnya, kerana jika aku memotong tangannya, dengan tangan mana lagi dia akan menyuapkan makanan dengan tangan mana lagi dia akan menyuap sesuatu, dan jika sekiranya aku memotong kakinya pula, maka dengan kaki mana lagi dia akan berjalan, sesungguhnya aku malu kepada Allah, kemudian dia memukul tangan dengan kayu serta ditahan lelaki itu.

                                           (Hadis Riwayat Muhammad bin al-Hasan)




       Sementara Al-Malik dan Al-Syafie pula berpendapat: Jika sekiranya dia mencuri kali ketika dipotong tangan kiri, dan jika mencuri lagi kali keempat maka hendaklah dipotong kaki kanan pula, kemudian ditakzirkan. Ini adalah kerana berdasarkan kepada dalil-dalil hadis berikut:
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : 

(أَنْ سَرِقَ فَاقْطَعُوْا يَدَهُ، ثُمَّ إِنْ سَرِقَ فَاقْطَعُوْا رَجْلَهُ؛ ثُمَّ إِنْ سَرِقَ فَاقْطضعُوْا يَدَهُ، ثُمَّ إِنْ سَرِقَ فَاقْطَعُوْا رِجْلَهُ)                                                                                            
Ertinya: Sesungguhnya baginda Rasulullah S.A.W bersabda tentang (hukuman) orang yang mencuri : Jika sekiranya dia mencuri(kali pertama) hendaklah kamu potong tangan kanannya, jika dia mencuri(kali kedua) hendaklah kamu potong kakinya(yang kiri) kemudian jika dia mencuri(kali ketiga) hendaklah kamu potong tangannya (yang kiri), kemudian jika dia mencuri (kali keempat) hendaklah kamu memotong kakinya(yang kanan pula).

(Hadis Riwayat Abu Hurairah)



Murtad

Murtad ialah penolakan dalam ucapan atau perbuatan bekas agama mereka (murtad) oleh orang yang terdahulu pengikut islam

Dalil pengharaman murtad

وَمَن يَرتَدِد مَنكم عَن دِينِهِ فَيَمُت وَ هُو كَفِرٌ فَأُولاإك حَبِطَت أَعمَالُهُم فِي الدنيا والأخِرَة وَأُلاإك أَصحابُ النَّار هم فيها خالدون
Ertinya :“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli Neraka yang kekal di dalamnya”.
                                                                                            (Surah al-Baqarah : 217)
Hukuman murtad

Menurut asy-Syafi'iyyah, hukuman terhadap ke atas orang murtad iaitu hukumannya adalah dibunuh dengan dipancung, tetapi sebelum hukuman dilaksanakan wajib kita suruh orang yang murtad itu bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika dia enggan, maka tidaklah ditangguh hukuman tersebut 3 hari, bahkan bolehlah dilaksanakan hukuman pancung itu pada ketika itu juga. 
Hukuman bunuh bagi orang lelaki yang murtad telah disepakati oleh para ulama kita dari kalangan mazhab 4. Adapun jika yang murtad itu perempuan, maka terdapat khilaf di mana Hanafiyyah berpendapat dia tidak dibunuh tetapi hendaklah disuruh bertaubat dan jika dia enggan maka dia hendaklah dipenjarakan sehingga dia mau bertaubat dan kembali kepada Islam atau dia mati dalam penjara. Manakala ulama mazhab Syafi'iyyah, Malikiyyah dan Hanabilah menyatakan hukuman bagi jenayah murtad adalah bunuh, tanpa mengira jantina.













No comments:

Post a Comment