Saturday 9 March 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU 2013




LAHAD DATU, SABAH



Lahad Datu, timur Sabah merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah.
 




PENCEROBOHAN LAHAD DATU 2013



PENCEROBOHAN LAHAD DATU 2013


Disebalik Pencerobohan Lahad Datu dan Perjanjian 1878


 Kebelakangan ini isu pencerobohan kumpulan yang mendakwa sebagai askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah menjadi tumpuan ramai. Siapa sangka, ketika kita tenang menikmati nikmat keamanan, satu kes pencerobohan pihak asing yang bersenjata tercetus dan yang menyedihkan turut mengorbankan anggota keselamatan Malaysia.
 



Apa sebenarnya punca disebalik pencerobohan itu???

Berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, perkara yang dituntut oleh kumpulan berkenaan:

Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu. 

Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

Namun, bagi generasi baru tentu akan tertanya-tanya apa kaitan keturunan Kesultanan Sulu yang datang dari Selatan Filipina dengan negeri Sabah. Sebenarnya ada sejarah dan beberapa siri perjanjian sejak sebelum  kedatangan pengaruh British lagi.


Tahun 1878 ,Perjanjian Baron Gustavus Von Overbeck dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Von Overback ialah Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong membuat perjanjiaN.


Menerusi perjanjian itu Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico. Ketika itu nilai $5,000 = nilai emas.
                               
Tahun yang sama, Syarikat Overbeck alami masalah kewangan teruk mohon bantuan kewangan daripada jutawan British pada masa itu Alfred dent.  Alfred Dent bantu dengan bersyarat - hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di sabah.

Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck (berbangsa Austrilia) serahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan - bermulalah pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara ke atas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.
 
Tahun 1888, satu perjanjian ditandatangani antara syarikat berpiagam borneo utara, negara Sarawak dan negara brunei dengan kerajaan mahkota british untuk menjadikan ketiga-tiga negara ini sebagai negara perlindungan bagi kerajaan mahkota british
Intipati perjanjian:

Tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing.

Sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

Perang Dunia Ke-2 - Jepun mulai luaskan kuasanya ke Asia Tenggara, termasuk Sabah yang turut mengalami kemusnahan yang teruk - Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu.

15 Julai 1946, sabah secara rasminya diberikan kepada kerajaan koloni british dan menjadi jajahan takluk british, sepanjang menjadi jajahan syarikat berpiagam borneo utara dan juga koloni british, harga pajakan sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan sulu.

31 Ogos 1963 - Sabah merdeka dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan.

Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.



   KRONOLOGI PENCEROBOHAN LAHAD DATU

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - BERNAMA.

Setakat hari ini dua lagi komando dilaporkan terbunuh.Semoga pemberontakan ini berakhir secepat mungkin kerana ia mengorbankan ramai nyawa yang tidak berdosa