PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD DI ACHEH
PENGENALAN
Seluruh umat islam wajar
mengetahui bahawa al-Quran dan sunnah dengan jelas membicarakan tentang hudud.
Hudud adalah hukum Allah yang sesuai dilaksanakan sepanjang zaman. Namun, pada
hari ini ia menjadi persoalan adakah ia selamat atau tidak dari kalangan umat
islam itu sendiri. Ini menunjukkan mereka tidak yakin dengan hukum Allah yang
sebenarnya mengandungi hikmah disebalik hukuman yang telah ditetapkan.
Hudud adalah hukuman yang
mendidik dan memberi pengajaran kepada manusia. Bukan hanya hukuman semata-mata
atau untuk membalas dendam kepada pesalah. Seperti undang-undang sivil yang
menjatuhkan hukuman sebat ke atas pesalah. Jika dilihat pada alat sebatan,
sbenarnya ia termasuk dalam menzalimi bukan hukuman. Kerana pada zaman Nabi
SAW. Alat yang digunakan untuk melakukan sebatan ia menggunakan dari pelepah
tamar, rotan atau kayu yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu tebal.
Dalam bab ini. Pelajar
membincangkan tentang hudud di Acheh. Acheh ialah sebuah wilayah yang terletak
di Indonesia yang mana masyarakatnya amat menitikberatkan tentang hukum-hukum
agama islam. Namun, pelbagai rintangan mereka perlu hadapi sehinggalah berjaya
menjadikan hukum hudud sebagai undang-undang di wilayah tersebut.

No comments:
Post a Comment