SYARIAT ISLAM DI WILAYAH ACHEH
Acheh merupakan sebuah daerah
yang telah ditubuhkan pada tahun 1995 berdasarkan Surat Keputusan Perdana
Menteri Pertama yang ditandatangani oleh En. Hardi. Dalam sejarahnya, penerapan
hukum-hukum islam mula memudar sejak kedatangan Belanda pada 1873. Pada masa
itu, para ulama’ lebih menfokuskan kepada usaha melawan penjajahan Belanda.
Para ulama’ dan masyarakat lebih mementingkan kepada memberi semangat kepada
masyarakat agar berani mati syahid demi membela agama dan negara. Memudarnya
hukum islam ini sehingga Acheh bergabung dengan Negara Kesatuan Republik
Indonesia (NKRI) . Gabungan Acheh dengan NKRI adalah dengan bersyarat, iaitu
Acheh diberikan hak untuk menyusun pemerintahan sendiri yang berlandaskan
islam. Bahkan presiden Soekarno pernah bersumpah atas nama Allah untuk memberi
hak tersebut kepada Acheh, dan berjanji akan menggunakan pengaruhnya agar
rakyat Acheh dapat melaksanakan syariat islam.
Acheh diberikan keistimewaan
dalam tiga bidang memlalui surat keputusan tersebut, iaitu dari segi agama, adat
dan pendidikan. Namun, keistimewaan tersebut terutama hak untuk menjalankan
syariat islam iaitu keistimewaan dari segi agama tidak pernah direalisasikan
kerana tidak pernah dikeluarkan peraturan pelaksanaannya. Janji ini tidak
ditepati sehingga muncul berbagai pergolakan dari masyarakat Acheh.
Walaupun
demikian, syariat islam sebenarnya telah lama lakukan di tengah masyarakat
Acheh sejak zaman kesultanan lagi, seperti dalam ibadah, perkahwinan, hatta
dalam harta pusaka masyarakat Acheh telah melaksanakannya sejak dahulu lagi.
Berlakunya syariat islam di wilayah negeri acheh secara menyeluruh merupakan
dambaan masyarakat Acheh sejak dahulu lagi dan telah diperjuangkan selama
puluhan tahun ke Pemerintah Pusat di Jakarta. Namun hal ini hanya diakui dan
dilaksanakan Negara apabila Undang-undang nombor 44 pada tahun 1999. Namun
syariat islam telah berjaya dilaksanakan di Acheh secara sempurna pada 1
Muharram 1423 hijriyyah.[1]
HUKUMAN HUDUD DI ACHEH
Undang-undang indonesia telah
mencatat sejarah apabila hukuman sebat dilaksanakan ke atas 15 orang yang
melakukan kesalahan berjudi berdasarkan syariat islam yang telah dikuatkuasakan
sejak dari tahun 2001 lagi. Hukuman ini bukanlah hukuman yang dikenakan hudud,
tetapi ini adalah langkah untuk membanteras maksiat yang dilakukan oleh
penduduk di Acheh serta dijadikan iktibar kepada penduduk islam yang lain.
Hukuman sebat itu dilaksanakan selepas solat jumaat dihalaman terbuka di
hadapan Masjid disaksikan lebih kurang 2000 penduduk setempat dan mendapat
liputan meluas media massa. Mahkamah Syariah telah menetapkan hukuman sebat
terhadap tertuduh di antara enam dan sepuluh kali sebatan berdasarkan Peraturan
Daerah No.13 Tahun 2003 tentang perjudian.
Sebelum disebat, identiti dan
kesalahan tertuduh dibacakan untuk memberi ingatan kepada orang lain yang
datang ke masjid supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Selepas menjalani
hukuman sebatan, mereka dibebaskan dan menerima bungkusan hadiah serta dipeluk
oleh para pegawai agama dan daerah yang mengahdiri majlis tersebut. Mengikut
peraturan hukuman sebat dalam islam, rotan yang digunakan hendaklah berdiameter
di antara 0.75 hingga 1 sentimeter dan sebatan hendaklah sehingga tidak
menimbulkan luka terhadap tertuduh.
Namun, hukuman bagi kesalahan
berjudi dan berkhalwat sebenarnya mendapat kecaman daripada beberapa organisasi
hak asasi manusia di Indonesia yang menyifatkannya tidak berperikemanusiaan dan
merendahkan darjat manusia. Pelbagai pihak juga mendesak agar hukuman sebat
turut dikenakan terhadap kesalahan lain. Khususnya yang menimbulkan kerugian
kepada negara seperti rasuah dan menyeleweng wang kerajaan.
Pada tahun seterusnya, Dalam kes
lain, masyarakat islam di Wilayah Acheh telah ditangkap kerana berzina
berhadapan dengan hukuman rejam sampai mati selepas diluluskan oleh
undang-undang syariah. Undang-undang syariah di Acheh juga membenarkan hukuman
sebat sehingga 100 kali sebatan terhadap individu yang belum berkahwin yang
didapati melakukan zina. Undang-undang itu juga turut meluluskan sebulat suara
di Parlimen hukuman terhadap peminum
arak dan pelaku homoseks. Undang-undang itu mendapat persetujuan dari semua
pihak untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang, termasuk
hukuman rejam sampai mati. Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid berpendapat,
undang-undang ini akan berkuatkuasa dala tempoh 30 hari dengan atau tanpa
kelulusan gabenor Acheh, sekali gus menggantikan undang-undang sivil.
Jurucakap Parti Keadilan Makmur,
Mohariyyadia pula mengatakan undang-undang itu merupakan langkah pencegahan
untuk penduduk Acheh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral. Namun,
bekas pejuang Pergerakan Acheh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Acheh, Irwandu
Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguh dan dikaji
semula.
Begitu juga pemikir liberal
islam, Mohamad Guntur Romli mengatakan indonesia ditubuhkan untuk kepelbagaian
budaya dan fikiran. Jika Acheh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum
syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia. Sebelum undang-undang ini
berkuatkuasa, Acheh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti tatacara
pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.
HIKMAH
DISYARIATKAN HUDUD
Sesungguhnya hikmah disyariatkan hudud ini sangat banyak, antaranya adalah sebagaimana berikut:
Untuk menegah dan menghalang manusia atau masyarakat dari
melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hudud.
Untuk memelihara manusia atau masyarakat dari melakukan kekacauan.
Untuk memelihara manusia atau masyarakat dari tercemar dengan melakukan dosa
Untuk memelihara keturunan dan menjaga maruah
Untuk memelihara dan menjaga akal fikiran, harta benda dan kesucian agama Islam.
HIKMAH DISYARIATKAN HUDUD
Sesungguhnya hikmah disyariatkan hudud ini sangat
banyak, antaranya adalah sebagaimana berikut:
i.
Untuk menegah dan menghalang manusia atau masyarakat dari
melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukuman hudud.
ii.
Untuk memelihara manusia atau masyarakat dari melakukan
kekacauan.
iii.
Untuk memelihara manusia atau masyarakat dari tercemar dengan
melakukan dosa
iv.
Untuk memelihara keturunan dan menjaga maruah
v.
Untuk memelihara dan menjaga akal fikiran, harta benda dan
kesucian agama Islam.
No comments:
Post a Comment